Assalammualaikum... Hye guys...
Mengarang balik daku setelah hampir 6 tahun tak tulis blog ๐๐คฃ.. Ok sebenarnya aku lupa password dan email mana yang aku pakai untuk tulis blog ni..
Sebenarnya aku tergerak hati share pengalaman aku masa nak mohon sambung master kat UM... Aku nak share setelah aku cari hampir berpuluh-puluh blog cara nak mohon sambung belajar master..
Masa 5tahun lepas, kawan2 degree aku buat mini reunion dan aku lak suka join bab reunion2 ni coz rindu zaman belajar.. Dipendekkan cerita aku pun tanya la kawan aku yang sambung master tu macam mana nak mohon, pastu dia cakap dia pegi je isi form sambung master kat laman web UTM tu, attach proposal thesis then terus UTM panggil sambung master.. (Actually kitaorg takde la rapat mana pun masa degree, tegur-tegur gitu2 jerk masa degree dulu sebab dia batch bawah aku, kira aku batch degree 3bulan awal daripada dia.. Akak bukan senior mana pun๐๐
) ..
Tapi yang tak bestnya bila kawan aku yang rapat dengan budak ni lak yang tolong jawab bagi tambahan ayat.. Dia cakap nak sambung master kena tunjuk hasil proposal thesis masa degree dulu, "kau de lagi ke proposal thesis degree tu?" .. Aku punya la terkejut bak hang.. Mana tak nya, aku dah lah tak simpan soft copy thesis2 degree apatah lagi hardcopy.. Last sem degree lecturer aku ada cakap siapa2 nak ambik balik thesis2 dia boleh.. Kot nak jadi rujukan masa sambung master ke.. Baru tau menyesalnya aku.. Terbantut Aku nak sambung master sebab percaya bulat2 cakap kawan aku masa tu..
Tapi hasrat nak sambung master masa tu masih jugak berkobar2... So aku bukan main pegi baca blog2 orang lain camne cara lain nak sambung master.. Tup..Tup..Tup.. sesuatu diluar kawalan Aku, aku mengandung la pulak ๐
.. Perancangan nak buat anak lepas setahun dua kahwin, tapi dah rezekikan.. Lepas 3bulan kahwin mengandung... So cita-cita sambung master terhenti di situ masa tu sebab busy jadi mak-mak membesarkan anak..
Ok kita sambung citer balik... Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Kawan2 degree aku adakan reunion besar-besaran untuk batch aku tahun lepas, dalam pertengahan tahun 2018.. Kawan2 batch aku pun jemput la kawan aku budak master UTM tu.. So masa jumpa kawan aku tu, rupanya dia tengah sambung PHD sem2 akhir...Wow..๐ฒ.. Terror ya amat.. Aku tanya la kawan aku budak UTM tu, dia ambik course pe masa master kat UTM, adakah perniagaan jugak ke?? Aku tak ingat dia cakap course pe sebab datang kawan aku yang biasa dengan budak ni tolong sampuk, dia cakap kenapa aku sibuk2 nak tanya tentang belajar master pe? Aku macam detective dia cakap๐... Aku cakap balik kot2 Aku de harapan sambung master ke.. Boleh r kawan aku tu tunjuk ajar ๐.. Pastu kawan aku yang tak sambung master tu boleh balas balik dan cakap kat aku, kalo nak sambung master kena kerja, kalau tak kerja coz nak sambung master kena ada cop tandatangan Manikandan, Kalau takx tak boleh sambung master... Terbantut lagi harapan aku coz dah la penganggur dah setahun lebih masa tu..
Ok sebenarnya guys, kat cini aku nak cakap, kita tak boleh dengar ckp orang yang tak sambung belajar master coz dia hanya main cakap jer tapi dia padahal tak tau procedur nak mohon master... Macam aku la, bila aku tanya kawan aku budak UTM tu, mesti budak yang tak ambik master tu yang jawab...
Setahun dah berlalu..2019 coming...Umur aku 33tahun.. Aku tergerak hati tanya lecturer aku dan senior aku masa SMKBP yang dah buat phd.. Diaorg cakap mohon saja kat laman web university.. CGPA atas 2.75 ke atas layak mohon master... Lecturer aku siap ajar ambik course pe untuk sambung master...ofcoz la aku yang tanya kedua2 pemegang phd tu, pilihan course yang macam mana sesuai untuk degree aku..Takde maknanya diaorg tetiba bagi suggestion kalau aku tak mintak..
So aku try UM... Kenapa Aku pilih UM?? Sebab cita2 Aku nak masuk sana coz ia universiti no.1 dlm Malaysia, lagi 1 sebab ibu aku nak sangat aku belajar kat UM... Sebab kawan baik aku dulu pernah belajar kat UM masa degree..Sebab Aku suka๐
Cara daftar master pergi je kat laman web universiti yang kita nak then isi jerk resume dan maklumat2 yang dikehendaki.. Kalau yang ambil by mix mode or by research tu kena bagi send sekali proposal thesis project yang korang pernah buat masa degree... Kalo ambik by coursework cam aku, tak hantar proposal pun tak apa.. Senang jerk sebenarnya.. Adeh aku yang kalut dulu2 dah kenapa๐
.. UM buka pendaftaran untuk postgraduate@master pada setiap bulan Februari dan September.. So 2bulan Lepas mohon tu, boleh tengok kat laman web um yang kita daftar tu, sama ada terpilih dapat masuk universiti ke tak.. Ada course2 Yang kena temuduga macam Master Marketing.. Ada juga yang tak perlu temuduga macam course aku ambik ni...
Coursework ni cara belajar lebih kurang masa degree tapi dengar cerita assignment berlambak...
Alhamdullillah, berjaya masuk UM hujung bulan 30.8.2019 ni.. Aku ambik Master Management coursework sepenuh masa .. Kelas sabtu dan ahad... untuk course yang aku ambik agak mahal kat UM berbanding dengan universiti lain.. Tapi tak apa la, suami aku nak tanggung, aku nak keja dia tak kasi coz suh tumpukan perhatian pada study nanti.. Jasamu akan ku kenang suamiku.. Begitu jugak jasa ibu bapaku...
So nanti dah belajar Aku cerita suasana belajar master di UM pulak.. Moga aku berjaya hingga grad..
Wassalamm.. Allahu
Has Lyn
Friday, 26 July 2019
Friday, 27 September 2013
Monday, 12 August 2013
Hari Raya Pertama Ku Sebagai Seorang Isteri
Cukup sudah sebulan berpuasa..Kini tiba hari raya.. Nak kata banyak benda tapi tak tau nak mulakan macam mana..tak pe la, yang penting sekarang semua dah selesai...
Alhamdullillah..pertama kali beraya sebagai seorang isteri terasa satu kelainan daripada biasa.. Pagi subuh selepas solat, terus cium tangan suami..minta ampun dan maaf atas segala dosa.. Kalau dulu, orang pertama yang dicium tangan, ibu dan ayah..tapi kini lain sudah..suami la orang pertama yang dicium tangan..menitis air mata tetiba..
Raya pertama bersama suami, amat la indah..tak dapat dibayangkan kegembiraan hati bila lihat dia khusyuk makan rendang dan ketupat.. Suka sangat dia di hari raya.. Biasalah setiap raya Aidil Fitri pertama, semua rumah asyik2 makan ketupat,lemang n rendang.. Jadi suami ku di hari pertama raya sudah buncit perutnya asyik makan dan makan je sampai malam...hihi
Raya kali ni juga, first time raya pakai tudung.. :) .. Suami yang suruhkan, jadi si isteri ikut je la, lagipun perkara baik.. Tersentuh hati aku bila suami cakap " Sayang Girl (nama panggilan manjaku yang sering suami gunakan).. Sayang Girl kali ni raya pakai la tudung".. Aku dengan agak terkejut dan teruja bertanya "Betul ni Sayang Boy tak kisah Sayang Girl pakai tudung? Selalu bila Sayang Girl tanya nak pakai tudung, Sayang Boy cakap nanti2..hihihi ".. suami jawab, "Hari lain, lain cerita.. ni hari raya, adik-adik pakai tudung jadi Sayang Boy malu pula isteri Sayang Boy tak bertudung".. Dalam hati aku, Alhamdullillah..dia semakin tak kisah jika aku bertudung..Tudung-tudungku pun dia sendiri yang pilih dan belikan untuk aku..
Sudah seminggu berhari raya.. Kehidupan kami pun sudah semakin ok.. Aku lebih suka dengan keadaan sekarang..Dia dan aku merajuk-rajuk manja gitu..Mungkin betul cakap pepatah, ada kalanya seorang isteri harus buang egonya untuk menjaga rumah tangganya.. Biarlah suami yang ego asalkan isteri selalu bersabar dengan karenah suaminya.. Doaku semoga hubung suami isteri ini kekal hingga ke akhir hayat kami.. Walau apa pun yang terjadi, bagi diriku dia lah suami tercinta ku dunia dan akhirat.. Aku cinta dan sayangkan suamiku sepenuh hati.. :)

Sunday, 4 August 2013
Selamat Menyambut Hari Raya...
Kepada semua kekawan dan blogger2 boy n girl..selamat beraya kepada korang semua..raya nie banyak dah kuih raya yang aq buat..first time dapat duit raya drp bapa mertua..bestnya..first time raya dengan suami..semua de..buat kuih raya dengan suami dan sebagainya..senang citer cakap semua first time la..best sesangat.. daaa
Wednesday, 31 July 2013
Akhirnya :)
Akhirnya semua bertukar dan pulih kembali...Alhamdullillah..
Aku senang dengan kehidupan yang sekarang.. Suami layan baik, aku pun bertambah sayang.. Siapa tak suka dengan kehidupan yang romantiskan,termasuklah aku..Rindu sangat-sangat dengan kehidupan begini..Paling penting sekarang hati dah senang,suka dan gembira..Tak perlu gusar-gusar pikirkan hal dah lepas..
Hah semalam baru berbelanja barang dapur bersama suami tersayang.. Sekarang dia dah tahu berjimat-cermat sikit.. Semua barang yang hendak dibeli aku ajar dia lihat perbezaan harga dulu.. Tak perlu beli yang mahal-mahal, asalkan produknya sama dengan keperluan kita sudah memadai.. Tapi masa beli ayam n dagin, tak pula aku ikut dia, dia yang pilih sendiri.. Aku pula sebuk sangat pilih bahan-bahan untuk buat kuih raya.. Mana tidaknya, aku syik tengok harga yang paling murah,tu lah aku pilih..
Sekarang tinggal buah lagi dua@tiga jenis kuih raya,then siap la..Kuih Almond london,sarang semut, biskut conflek,biskut coco, semperit, biskut mazola, tat nenas..Wah..gila kuasa aq.. Tukang rasanya mestilah suami aq..Harapan untuk aku sendiri.. Chayuk-chayuk Haslyn..

Monday, 29 July 2013
Senyap dan Sunyi
Biarla aku senyap dan diam sahaja dengan apa yang berlaku...Kerana aku seakan malas untuk berfikir apa yang akan berlaku di masa akan datang..Sekarang aku rasa biarlah takdir yang tentukan segalanya.. Cukup la sekali hati aku terguris dengan cinta yang lalu, sampai sekarang masih terasa luka dan parutnya walaupun tak berdarah..Bila terjadi perkara yang menyakitkan hati dan jiwa aku lagi buat kali kedua, walaupun tidak sama seperti yang dulu tapi tetap aku rasa kesakitannya..Perlukah aku bersuara lagi?? Siapa yang akan memahami kesakitan hati aku ini?? Kat mana lagi dapat aku luahkan kesedihan dan kesakitan ini..
Aku boleh menjadi seorang yang sangat penyanyang dan aku juga boleh menjadi seorang yang pedendam.. Disaat aku cuba melupakan cinta yang lalu, di saat itu lah cinta yang baru berubah menjadi yang menyakitkan..Bukan aku tak cinta, tapi hati aku cukup terluka..Sekarang aku hanya mampu diam tanpa mengeluarkan suara.. Cukup la hanya begini, Rasanya tak mampu untuk aku berkata-kata lagi..
Ego?? yap..aku memang ego..Kenapa tidak?? Di saat cinta yang lalu menghancurkan jiwa ku, disaat itu la hati dan jiwaku mula menanam rasa ego dan kebencian..Aku memang pentingkan diri sendiri, sebab aku dah penat pikirkan orang lain..dah penat menangis untuk orang lain..tapi apa yang aku dapat?? tak pernah ada yang menghargai aku..sia-sia sahaja semua pengorbanan yang pernah aku berikan.. Jadi kenapa aku harus membuang ego ku??
Aku bukan Nabi mahupun malaikat yang hanya dengan mudah memaafkan seseorang dengan semua kesalahan yang dilakukan..Aku juga bukan seorang yang sabar, tabah dan kuat dengan apa yang berlaku..Aku hanya manusia biasa yang ada hati,dan ada perasaan..Bila disakiti, aq juga tahu rasa sakit, sedih dan menangis..
Aku boleh menjadi seorang yang sangat penyanyang dan aku juga boleh menjadi seorang yang pedendam.. Disaat aku cuba melupakan cinta yang lalu, di saat itu lah cinta yang baru berubah menjadi yang menyakitkan..Bukan aku tak cinta, tapi hati aku cukup terluka..Sekarang aku hanya mampu diam tanpa mengeluarkan suara.. Cukup la hanya begini, Rasanya tak mampu untuk aku berkata-kata lagi..
Tuesday, 23 July 2013
Hidup Ni Ada Pasang Surutnya...
Kata pepatah, hidup ni tak selalunya indah..mcm air laut, de pasang dan surutnya..
Banyak perkata yang kiat mahukan dalam hidup ini, tidak selalunya dapat..
Cam aq..Alhamdullillah, Allah masih sayangkan aq..masih lagi mahu aq menjadi hambanya di bumi yang fana ini.. Aq sangat2 bersyukur pada Mu Ya Allah dengan kehidupan yang aq ada sekarang ini..mmg sikap ku agak keras tetap suami ku orangnya sangat2 penyabar n mahu perkahwinan yg kami bina ini kekal hingga ke akhir hayat kami...
Bila kehidupan dah ok n stabil, mungkin kami akan menimbang cahaya mata..masa tu, aq kne menjadi seorang yang lebih bertanggung-jawab dalam segala hal.. Ya Allah, jadikan aq isteri yang soleha..lemah-lembut,cinta, sayang dan yang taat pada suami ku..Bimbingkan la aq ke jalan Mu yang engkau Redhai :'(

Subscribe to:
Posts (Atom)