Cukup sudah sebulan berpuasa..Kini tiba hari raya.. Nak kata banyak benda tapi tak tau nak mulakan macam mana..tak pe la, yang penting sekarang semua dah selesai...
Alhamdullillah..pertama kali beraya sebagai seorang isteri terasa satu kelainan daripada biasa.. Pagi subuh selepas solat, terus cium tangan suami..minta ampun dan maaf atas segala dosa.. Kalau dulu, orang pertama yang dicium tangan, ibu dan ayah..tapi kini lain sudah..suami la orang pertama yang dicium tangan..menitis air mata tetiba..
Raya pertama bersama suami, amat la indah..tak dapat dibayangkan kegembiraan hati bila lihat dia khusyuk makan rendang dan ketupat.. Suka sangat dia di hari raya.. Biasalah setiap raya Aidil Fitri pertama, semua rumah asyik2 makan ketupat,lemang n rendang.. Jadi suami ku di hari pertama raya sudah buncit perutnya asyik makan dan makan je sampai malam...hihi
Raya kali ni juga, first time raya pakai tudung.. :) .. Suami yang suruhkan, jadi si isteri ikut je la, lagipun perkara baik.. Tersentuh hati aku bila suami cakap " Sayang Girl (nama panggilan manjaku yang sering suami gunakan).. Sayang Girl kali ni raya pakai la tudung".. Aku dengan agak terkejut dan teruja bertanya "Betul ni Sayang Boy tak kisah Sayang Girl pakai tudung? Selalu bila Sayang Girl tanya nak pakai tudung, Sayang Boy cakap nanti2..hihihi ".. suami jawab, "Hari lain, lain cerita.. ni hari raya, adik-adik pakai tudung jadi Sayang Boy malu pula isteri Sayang Boy tak bertudung".. Dalam hati aku, Alhamdullillah..dia semakin tak kisah jika aku bertudung..Tudung-tudungku pun dia sendiri yang pilih dan belikan untuk aku..
Sudah seminggu berhari raya.. Kehidupan kami pun sudah semakin ok.. Aku lebih suka dengan keadaan sekarang..Dia dan aku merajuk-rajuk manja gitu..Mungkin betul cakap pepatah, ada kalanya seorang isteri harus buang egonya untuk menjaga rumah tangganya.. Biarlah suami yang ego asalkan isteri selalu bersabar dengan karenah suaminya.. Doaku semoga hubung suami isteri ini kekal hingga ke akhir hayat kami.. Walau apa pun yang terjadi, bagi diriku dia lah suami tercinta ku dunia dan akhirat.. Aku cinta dan sayangkan suamiku sepenuh hati.. :)
Monday, 12 August 2013
Sunday, 4 August 2013
Selamat Menyambut Hari Raya...
Kepada semua kekawan dan blogger2 boy n girl..selamat beraya kepada korang semua..raya nie banyak dah kuih raya yang aq buat..first time dapat duit raya drp bapa mertua..bestnya..first time raya dengan suami..semua de..buat kuih raya dengan suami dan sebagainya..senang citer cakap semua first time la..best sesangat.. daaa
Subscribe to:
Posts (Atom)