Friday, 26 July 2019

Cara nak sambung master@ ijazah sarjana

Assalammualaikum... Hye guys...

Mengarang balik daku setelah hampir 6 tahun tak tulis blog ๐Ÿ˜‚๐Ÿคฃ.. Ok sebenarnya aku lupa password dan email mana yang aku pakai untuk tulis blog ni..
Sebenarnya aku tergerak hati share pengalaman aku masa nak mohon sambung master kat UM... Aku nak share setelah aku cari hampir berpuluh-puluh blog cara nak mohon sambung belajar master..

Masa 5tahun lepas, kawan2 degree aku buat mini reunion dan aku lak suka join bab reunion2 ni coz rindu zaman belajar.. Dipendekkan cerita aku pun tanya la kawan aku yang sambung master tu macam mana nak mohon, pastu dia cakap dia pegi je isi form sambung master kat laman web UTM tu, attach proposal thesis then terus UTM panggil sambung master..  (Actually kitaorg takde la rapat mana pun masa degree, tegur-tegur gitu2 jerk masa degree dulu sebab dia batch bawah aku, kira aku batch degree 3bulan awal daripada dia.. Akak bukan senior mana pun๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…) ..
Tapi yang tak bestnya bila kawan aku yang rapat dengan budak ni lak yang tolong jawab bagi tambahan ayat.. Dia cakap nak sambung master kena tunjuk hasil  proposal thesis masa degree dulu, "kau de lagi ke proposal thesis degree tu?" .. Aku punya la terkejut bak hang.. Mana tak nya, aku dah lah tak simpan soft copy thesis2 degree apatah lagi hardcopy.. Last sem degree lecturer aku ada cakap siapa2 nak ambik balik thesis2 dia boleh.. Kot nak jadi rujukan masa sambung master ke.. Baru tau menyesalnya aku.. Terbantut Aku nak sambung master sebab percaya bulat2 cakap kawan aku masa tu..

Tapi hasrat nak sambung master masa tu masih jugak berkobar2... So aku bukan main pegi baca blog2 orang lain camne cara lain nak sambung master.. Tup..Tup..Tup.. sesuatu diluar kawalan Aku, aku mengandung la pulak ๐Ÿ˜….. Perancangan nak buat anak lepas setahun dua kahwin, tapi dah rezekikan.. Lepas 3bulan kahwin mengandung... So cita-cita sambung master terhenti di situ masa tu sebab busy jadi mak-mak membesarkan anak..

Ok kita sambung citer balik... Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun.. Kawan2 degree aku adakan reunion besar-besaran untuk batch aku tahun lepas, dalam pertengahan tahun 2018.. Kawan2 batch aku pun jemput la kawan aku budak master UTM tu.. So masa jumpa kawan aku tu, rupanya dia tengah sambung PHD sem2 akhir...Wow..๐Ÿ˜ฒ.. Terror ya amat.. Aku tanya la kawan aku budak UTM tu, dia ambik course pe masa master kat UTM, adakah perniagaan jugak ke?? Aku tak ingat dia cakap course pe sebab datang kawan aku yang biasa dengan budak ni tolong sampuk, dia cakap kenapa aku sibuk2 nak tanya tentang belajar master pe? Aku macam detective dia cakap๐Ÿ˜‚... Aku cakap balik kot2 Aku de harapan sambung master ke.. Boleh r kawan aku tu tunjuk ajar ๐Ÿ˜.. Pastu kawan aku yang tak sambung master tu boleh balas balik dan cakap kat aku, kalo nak sambung master kena kerja, kalau tak kerja coz nak sambung master kena ada cop tandatangan Manikandan, Kalau takx tak boleh sambung master... Terbantut lagi harapan aku coz dah la penganggur dah setahun lebih masa tu..

Ok sebenarnya guys, kat cini aku nak cakap, kita tak boleh dengar ckp orang yang tak sambung belajar master coz dia hanya main cakap jer tapi dia padahal tak tau procedur nak mohon master... Macam aku la, bila aku tanya kawan aku budak UTM tu, mesti budak yang tak ambik master tu yang jawab...

Setahun dah berlalu..2019 coming...Umur aku 33tahun.. Aku tergerak hati tanya lecturer aku dan senior aku masa SMKBP yang dah buat phd.. Diaorg cakap mohon saja kat laman web university.. CGPA atas 2.75 ke atas layak mohon master... Lecturer aku siap ajar ambik course pe untuk sambung master...ofcoz la aku yang tanya kedua2 pemegang phd tu, pilihan course yang macam mana sesuai untuk degree aku..Takde maknanya diaorg tetiba bagi suggestion kalau aku tak mintak..

So aku try UM... Kenapa Aku pilih UM?? Sebab cita2 Aku nak masuk sana coz ia universiti no.1 dlm  Malaysia, lagi 1 sebab ibu aku nak sangat aku belajar kat UM... Sebab kawan baik aku dulu pernah belajar kat UM masa degree..Sebab Aku suka๐Ÿ˜‚

Cara daftar master pergi je kat laman web universiti yang kita nak then isi jerk resume dan maklumat2 yang dikehendaki.. Kalau yang ambil by mix mode or by research tu kena bagi send sekali proposal thesis project yang korang pernah buat masa degree... Kalo ambik by coursework cam aku, tak hantar proposal pun tak apa.. Senang jerk sebenarnya.. Adeh aku yang kalut dulu2 dah kenapa๐Ÿ˜….. UM buka pendaftaran untuk postgraduate@master pada setiap bulan Februari dan September.. So 2bulan Lepas mohon tu, boleh tengok kat laman web um yang kita daftar tu, sama ada terpilih dapat masuk universiti ke tak.. Ada course2 Yang kena temuduga macam Master Marketing.. Ada juga yang  tak perlu temuduga macam course aku ambik ni...
Coursework ni cara belajar lebih kurang masa degree tapi dengar cerita assignment berlambak...

Alhamdullillah, berjaya masuk UM hujung bulan 30.8.2019 ni.. Aku ambik Master Management coursework sepenuh masa .. Kelas sabtu dan ahad... untuk course yang aku ambik agak mahal kat UM berbanding dengan universiti lain.. Tapi tak apa la, suami aku nak tanggung, aku nak keja dia tak kasi coz suh tumpukan perhatian pada study nanti.. Jasamu akan ku kenang suamiku.. Begitu jugak jasa ibu bapaku...

So nanti dah belajar Aku cerita suasana belajar master di UM pulak.. Moga aku berjaya hingga grad..

Wassalamm.. Allahu