Kadang2 manusia akan berubah watak dan perangainya mengikut peredaran masa...
Begitu lah juga yang berlaku pada ku,..Aq hanya manusia biasa yang tidak terlepas dari membuat kesalahan dan kesilapan dalam hidup ini...Setiap detik dan ketika masa berubah dan watak2 disekelilingku juga turut berubah...Daripada yang aq betul2 kenal menjadi seseorang yang aq xkenal..
Begitu juga degan aq....
Daripada seorang gadis yang suka menyendiri bertukar menjadi seorang yg suka berkawan dan bertegur sapa...Daripada seorang yang hanya hidup dalam dunianya sendiri, tiba2 menjadi seorang yang peramah.. Ini lah yang dinamakan kehidupan, kehidupan pahit getir dalam bercinta yang aq alami...Kini aq menjadi seorang yang pedendam..
Banyak benda yang sepatutnya tidak berlaku tetapi terjadi juga dalam hidup ini... Insan yang kita sayang,tiba2 berubah menjadi insan yang paling di benci...hati ini begitu benci melihat wajahnya mahupun mendengar namanya.. Aq tahu dimana salah dan silapnya aq juga sedar semuanya, tapi kesakitan cinta itu membuat hati ego ku dan berkata "Biarkan ia pergi kerana masih ada seorang yang sedia menanti mu suatu hari nanti".. Jadi ku biarkan cinta lama itu berlalu pergi walau telah lama ku bersamanya..
Aq masih di sini,bersama seseorang yang mencintai aq apa adanya.. Cinta yang baru, tidak pernah sama dengan cinta yang lalu.. Bila teringat kenangan bersama cinta yang lalu, diri ini tertanya sendiri " Adakah aq benar2 mencintai dia??"..Kerana cinta yang lalu juga, aq mencuba berbagai cara dan berkali aq meminta untuk pergi jauh daripada cinta ku ini, tanpa kesian aq memaki dan memarahinya.. Tah kenapa dia tetap enggan melepaskan ku dan mencari berbagai2 cara untuk aq terus bersamanya..
Sehingga la suatu ketika, di hari pergaduhan kami,..Dia menenangkan aq dgn cara yang terlalu menyentuh hatiku..kata2 yang dituturnya tiba2 membuatkan ku terfikir seketika.." Jika begini cara cinta lama ku meleraikan setiap pergaduhan yg pernah berlaku, tidak lah aq dan dia bergaduh dengan teruknya dan mungkin aq kini masih lagi bersamanya".. Tiba2 air mataku mengalir dengan deras tanpa ada penghentinya... Ku lihat kembali wajah yg memberiku nasihat...Cinta lama harus ku buang jauh daripada ingatan ini kerana dia tidak perlu di ingat lagi... Betapa berdosanya aq padanya kerana tidak memahami dia dan menganggapnya lelaki asing dalam hidupku.. Adakah kerana perbezaan agama, adat dan budaya membuat membuatkan hatiku begitu membatu untuk menerimanya di sisi ku dan di hati ini..
Kini aq masih lagi di sini, bersama cinta yang baru.. Cinta yang patut aq hargai... Cinta yang patut ku bina bersama dia hingga ke akhir hayat kami...
No comments:
Post a Comment