Wednesday, 22 February 2012

Inilah Kehidupan..

Kadangkala orang yang paling mencintaimu
adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu
kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya
Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu..
kau akan menyedari dia adalah cinta
yang tidak pernah kau sedari..

Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta
kerana  hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia
Atas kasih sayang Tuhan,kau dan dia bertemu
dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia
dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi

No comments:

Post a Comment